Tuesday, 20 September 2011

SAHABATKU DUNIA AKHIRAT

nie sahabat aku.Nama dia basha.. huhu. aku suka kawan dgn dia. basha nie dia seorang yang sporting lemak manis. hahah. dia kelolo. hee. dah lah cun. geram kot. kami kawan dari form 3. first kenai aku ingat dia sombong. tapi,sebenarnya dak.baik kot.. dalam kelas aku dok sebelah dia ar. dari form 3. hihih. aku sanyang dia gila. hah~ best friend 4ever nur bashariyah binti roslim.

cerita cinta sahabat aku

                    CINTADi malam yang sepi, sepasang suami isteri sedang melayan perasaan. Aminah pun bertanya kepada Saufi.
AMINAH: Abang, nak tanya soalan sikit boleh tak?
SAUFI: Boleh... nak tanya banyak pun boleh.
AMINAH: Sejak kita berkahwin nie, abang tak pernah pun bagi ayat-ayat cinta kat sayang,kenape?
SAUFI: Bukan abang tak mau bagi, tapi sayang yang tak minta.
AMINAH: Okey, malam nie sayang nak bagi abang satu ayat cinta kat sayang.
SAUFI: Satu je... okey le sayang. Bunyinya macam nie...
              "CINTA IBARAT KENTUT,
                DIPENDAM TERSEKSA,
                NAK DILEPASKAN RASA MALU,
                OLEH ITU LEPASKAN PERLAHAN-LAHAN.''

AMINAH: Pandai abang buat ayat.
Aminah pun terpikir sejenak. Owh... patutlah masa dia tekel aku dulu, aku bau busuk. Tak dengar tapi bau busuk.
Rupa-rupanya dia kentut. hehehe...

Friday, 9 September 2011

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?



Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.